Punca Krisis Thailand Selatan Pemberontakan_di_Thailand_Selatan

Pada asalnya negara Kesultanan Pattani Darul Salam adalah sangat luas merangkumi Segora (Songkhla), Pattani, Narathiwat, Jalo (Yala). Bahkan ketika kemuncak empayar Patani pada kurun ke 17, ianya meliputi hingga Kelantan, Terengganu, Hulu Perak (yang dikenali sebagai Reman pada masa itu), Merdalung (Phattalung) dan Negara Sri Dharmaraja (Nakhon Si Thammarat). Walau bagaimanapun, pada tahun 1786, Siam telah berjaya mengalahkan Pattani. Kemaraan British dan Perjanjian Anglo Siam 1909 telah membahagikan negeri-negeri Melayu di utara. Wilayah selatan Thai yang terdiri dari Pattani, Narathiwat dan Yala pada asalnya adalah sebahagian dari Tanah Melayu tetapi telah diserahkan oleh British kepada kerajaan Thai menerusi Perjanjian Bangkok 1909. Sehingga hari ini, wilayah tersebut kekal di bawah jajahan Thai.

Lantaran itu PULO melancarkan perjuangan bersenjata sejak 1970-an.Kumpulan nasionalis selatan Thailand mahu merdeka sepenuhnya dari Thailand berdasarkan faktor sejarah. Namun akhir-akhir ini Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) dan Bersatu bersedia berunding dengan pihak berkuasa Thailand.

Kumpulan lain mahu negara Islam di wilayah selatan Thailand. Kaedah perjuangan Al-Qaeda di seluruh dunia khususnya di Afghanistan menjadi sumber idea dan inspirasi. Pihak tentera Thailand menuduh Gerakan Mujahidin Islam Pattani (GMIP) dan lain-lain kumpulan serpihan menjadi pembekal bahan letupan dan melatih ahli-ahli untuk meletupkan diri , menembak curi dan memasang dinamit pada motosikal dan basikal . Sasaran utama ialah anggota tentera, polis dan sarang maksiat.

Sikap para pegawai Thai di pejabat-pejabat daerah yang mengamalkan diskriminasi dan tidak mahu memahami adat resam, perasaan dan kehendak rakyat tempatan juga menjadi punca kepada serangan-serangan kecil-kecilan ke atas pemimpin Buddha dan anggota-anggota polis yang sedang meronda.

Pihak polis pula menyerang secara senyap terhadap para imam dan guru-guru agama yang dituduh menyebarkan sentimen anti-Bangkok . Guru-guru agama dan imam di kampung-kampung hilang begitu sahaja dan penduduk Islam mendakwa polis Thailand yang melakukannya. Guru-guru di selatan Thailand dibekalkan dengan senjata api dan dilatih menggunakan bagi mempertahankan diri. Guru-guru ini dituduh menghina agama Islam dan menyebarkan agama Buddha di kalangan pelajar-pelajar Islam.

Kumpulan-kumpulan penjenayah juga dipercayai mengambil kesempatan melakukan kekacauan termasuk pembunuhan ke atas pegawai-pegawai polis yang dianggap menjadi penghalang kepada aktiviti-aktiviti haram yang mereka jalankan.

n.

Rujukan

WikiPedia: Pemberontakan_di_Thailand_Selatan http://en.ce.cn/World/Asia-Pacific/200609/08/t2006... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://ap.google.com/article/ALeqM5jBLB6KQVGZ6z7gv... http://www.janes.com/news/security/countryrisk/jia... http://www.msnbc.msn.com/id/19238117/ http://nationmultimedia.com/2006/11/21/headlines/h... http://nationmultimedia.com/2006/11/22/headlines/h... http://www.nationmultimedia.com/breakingnews/read.... http://web.archive.org/web/20080325040540/http://a... http://web.archive.org/web/20090418003338/http://w...